Bahagia tak mau jejaki Aku..

Membaca puisi cinta.. puisi rindu
termanggu hati ini lagi
merintih rindu yang satu
tak sanggup menerima hakiki
apa asa ku laksana kelabu
kabur panggilan serasa hati

Bukan aku tak mahu
Bukan aku tak lari
Bukan aku tak buang
Bukan aku tak CUBA
melupa kamu
menyingkir kamu
menyisih kamu
dari puspa rindu hati ku

Alam..
pujuk lah hati ku

Bulan..
sejuk kan hati ku

Hujan..
lemas kan rindu ku

Aku tiada daya lagi
Aku tiada daya lagi
Aku tanpa daya lagi
merawat sendiri rindu ini
membebat sendiri luka ini
menyandar sendiri pada harapan

Pilu ini susungguhnya
menifestasi kasihku
yang tiada cabang
satu arah yang lurus untuk hati nya

adakah... ini..
suratan perpisahan

Aduhai
bahagia tak mahu jejaki aku...

0 komentar:

Posting Komentar